"PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA"
Tahukah anda bahawa permainan tradisional di Malaysia sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita.Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di 
antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya 
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga 
yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara 
permainan itu termasuklah , konda kondi , aci sorok , jala itik , ketingting , galah panjang , dan sebagainya.
KONDA KONDI 
Dibeberapa 
          tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak 
          lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan 
          jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan 
          keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Konda-kondi 
            juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan 
            kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis 
            kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan 
            ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu 
            kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini 
            berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil 
            anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek 
            bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan 
            pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
ACI SOROK
Jenis 
          permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran 
          rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan 
          ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka 
          yang menyorok.
Sebelum 
          permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan 
          pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada 
          semua pemain.
JALA ITIK
Permainan 
          ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling 
          ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik 
          dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.
Dua 
          orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan 
          nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua 
          ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan 
          masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi 
          dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala 
          itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik 
          Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu 
          selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir 
          yang sedang melintas.
Setelah 
          itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua 
          itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan 
          sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah 
          satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang 
          ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama 
          pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula 
          seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing. 
KETINGING
Permainan 
          ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan 
          permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan 
          yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya 
          memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di 
          kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas 
          tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada 
          di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. 
          Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat 
          dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng 
          teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat 
          orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain 
          bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu 
          gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk 
          berteng teng.
Gelanggang 
          teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat 
          sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
Selain 
          daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang 
          dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar 
          separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan 
          pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Gundu 
          ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan 
          mereka di petak-petak gelangang.
GALAH PANJANG
Permainan 
          tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja 
          dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta 
          kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan 
          ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri 
          dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai 
          pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri 
          dari sepuluh pemain sahaja.
Salah 
          seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya 
          adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai 
          mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu 
          disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling 
          gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam 
          gelanggang.
Sebelum 
          permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh 
          kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. 
          Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, 
          samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
"SEKIAN"